Salam semua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang membaca blog ini. mohon maaf jika ada salah dan silap. saya akan beraya di kg saya SB (ikut giliran sebab 2011 dah raya kat kl dulu...hehehe). rasa sgt teruja nak berkumpul adik beradik beramai ramai menyambut hari raya bersama-sama. masak & makan beramai-ramai. maybe akan ke lost bworld of tambun on 3rd or 4th raya. main air time...hehehe
insyaallah akan ada di SB sehingga khamis atau jumaat. sabtu baba dah ada tempahan catering. so kena la kita balik ke kl awal skit utk preparation & menjengfuk kedai di chowkit. Malam tadi dah selesai bayar gaji 3 org pekerja & malan nie akan bayar gaji lagi dua org pekerja. syukur alhamdulillah dengan rezeki kurniaan dari-Nya. Dapatla dikongsi serba sedikit bersama pekerja dan keluarga. Kedai kat chowkit akan tutup on 1st & 2nd raya & mungkin akan dibuka semula on 3rd raya.
Sekian dulu, semoga hari raya ini disambut dengan kesederhanaan. Selamat Hari Raya Dari Masdiq Family (Mama, Baba, Farah & Fathiah)
Nanti saya akan upload gambar2 masa raya yer..wassalam.

No comments:
Post a Comment