Lilypie Kids Birthday tickers

NuffNang

Friday, May 17, 2013

Peace!!!

Style adik fathiah buat peace...
Comel..

Saturday, May 4, 2013

Jaga kedai

Salam, hari ni mama ambil halfday leave. Terus drive laju2 ke kedai. 1.30 pm sampai kat kedai. Kena jaga kedai. Baba tinggal kedai kat ibuk indon kedai sebelah sekejap. Baba nak solat jumaat. Terpaksa la terkejar2 sementara nak tunggu pekerja si leni balik dari kg. Ada orang borong kain batik manis sayang kat mama tadi. Thanks akak dari perlis sbb support peniaga tempatan. Datang lagi yaa :)

Thursday, May 2, 2013

Cuti hari buruh

Kami (mama, farah & fathiah) balik rumah tok tokwan sbb ada sesi makan2 reramai sempena birthday ayies. Baba tak ikut sbb kena jaga kedai. Cik leni balik cuti ke indon for 2 wks. Perjalanan balik kg agak kelam kabut sbb both asyik bergaduh dlm kereta. Smpai tm singgah tapaw gado2 sedap kat medan makan tm. So both ambil peluang main kat playground dlu. Pastu sesi makan ice cream pulak. Then teruskan journey ke SB. Both dah bleh duduk diam dah. Lega mama. So bila jumpa cousins semua main sakan laaa. Fathiah tak tido siang langsung. So after maghrib dia dah tdo. Farah pun start masuk highway dah tdo. Dapatla mama drive balik kl dgn tenang. Baba plak after maghrib terus ke kelab sultan sulaiman kg baru sbb TGNA dtg buat kempen. Semangat baba :)

Birthday farah alyssa yg ke 7 tahun

Her birthday on 21st march, but we celebrate on 24th march saturday (one day after ayah nor passed away). Ingat nak cancel jer tapi kesian kat farah. baba kata buat jer la. Lagipun dia dh invite kawan2. So mama masak simple jer n order cake hello kitty. Tapi dia ada cakap kat baba yg mama tak adil sbb adik punya birthday party last sept lagi besar. Hmmmm....mcm2 la kakak ni. Tu kan buat sekali dgn open house raya.

Port dickson

Sebagai catatan semasa cuti sekolah bulan 3 aritu, kami ke pd. Stay kat selesa beach resort. Kami enjoy mandi kat pool n main pasir kat beach. Seronok n nak tergelak tengok farah n fathiah main pasir. Mula2 mcm jakun skit. Mmg tak biasa for both play with sand. Sgt priceless tgk both enjoy main ombak dgn baba. Comment pasal food kat hotel tak best sgt. Then ikan bakar kat pasir panjang pulak agak mahal. Maklumlah cuti sekolah. Tapi asam pedas kat one kedai area telok kemang sgt awesome sbb serve dlm clay pot n panas2. Sampai licin kuah kami hirup. Boleh pulak terjumpa tok sedara baba from kedah dgn family dia duduk meja sebelah kitaorg. Punya la tak perasan sbb dok asyik sgt makan asam pedas. Lawak btul...ok la. Mari tgk gambo2 masa kat pd. Cuti sekolah may ni kemana plak kita nak pegi holiday yerr...