hari ini dah 4 ramadhan..sekejap jer kan..macam2 dugaan tiba di bulan ramadhan tahun nie. bibik yang secara tiba2 hari khamis baru nak cakap tak mau keje dah..mana nak cari pekerja lain last minute. mmg kena bayak bersabar dengan kerenah pekerja nie. dengan abah kat kg yang kena admit to hospital sabtu pagi sebab semput. sampai hari ni abah still kat wad. kakcik balik pagi nie dari penang nak jaga abah kat hospital dalam 2-3 hari. mama pun tak decide lagi bila nak balik jenguk abah kat hospital. rasa2 nak ambil cuti esok nak lari balik kejap tgk abah. dengan keadaan kat rumah yang tak der pembantu, banyak keje mama kena settle sendiri time malam n awal pagi. kedai kat chow kit pun tak sempat jenguk. nasib baik ada leni yang boleh handle kedai. tengahari nie baba nak p tengok kedai sat after ambil farah dari sekolah. kesian juga kat baba sebab preparation kat rumah untuk meniaga pasar ramadhan kena buat sendiri tanpa pembantu. nasib baik kat param dah ada pekerja yang dah get ready dari bukak sampai tutup. cuma kalau time peak tu saya pun kena jugak turut membantu. memang rushing drive kete ala F1 untuk make sure sampai kat param pkul 6 pm. tapi biasa la standard 1 hr jugak from section 27 shah alam to param danau kota setapak. masuk highway ELITE, NKVE & DUKE. adik dan farah sib baik la ada cik nab yang banyak membantu. tu pun time mama n baba balik dari param & depa pun balik rumah, punya la depa memunggah permainan penuh ruang tamu. mama n baba pulak busy membasuh peralatan meniaga kat luar. hai laahhhh...anak-anak..lepas settle semua sesi makan pulak. lepas tu sesi nak bagi depa berdua tido. after 2 anak dara tu tidur barula baba & mama boleh continue buat apa2 yang patut sambil2 mama membasuh kain (guna mesin jer pun..hehehe) & mengemas rumah ala kadar. apa2 pun dugaan & penat lelah, mama & baba sgt bersyukur atas rezeki yang diberi oleh-Nya. Alhamdulillah.
saja ambik gambo nie sebagai kenangan on 3rd ramadhan tahun 2012. ruang tamu rumah yang mcm tongkang pecah dikerjakan oleh farah & fathiah :))








