Lilypie Kids Birthday tickers

NuffNang

Thursday, June 7, 2012

ermm..tak der apa sgt yg menarik hari nie..kat office pagi nie sunyi dan sejuk. ramai yg bercuti sempena nak bawak anak2 p holiday. saya tak cuti pun. keje mcm biasa. still berpuasa rejab selagi termampu InsyaAllah. Dengan issue yang berlaku kat office ni, saya mcm tak ada mood nak bercuti. Boss pun sentiasa ada di office after sesi kena lecture dgn MD Monday aritu. Tgk dia mcm stress jer tak bleh keluar mengular seperti sebelum nie. Harap dia berubah menjadi boss yang lebih baik kepada kami. Tapi saya rasa excited jugak sebab esok malam nak balik kg. ada kenduri wedding anak kak ha sebelah rumah mak. seronok la nanti dapat borak2 dan gossip2 dengan kakak2 dan anak2 buah. ahad tengahari after makan kenduri dah kena rush balik kl balik sbb nak avoid jammed kat jalan. kan semua org nak balik kl pasal isnin dah start sekolah. Farah pun akan sekolah. so kena balik awal skit, tak nak dia letih plak nanti buat alasan nak ponteng. baba pulak kena pegi kedai. tak bleh la tinggal lelama kat ibu sorang2. tak pa la..syukur alhamdulillah walaupun sekejap tapi merasa la jugak balik rumah mak.
Mlm tadi baba bgtau kata regular customer bebudak WD memborong selimut sampai 30 helai. syukur alhamdulillah di atas rezeki dari Nya. ada juga customer yang membeli pelikat atlas utk sedekah sempena nak ramadhan nie. Syukur alhamdulillah lagi.
Fathiah pulak sgt lasak mlm tadi sampai meronta-ronta still nak main lagi kat pintu masuk bank time baba p cash deposit. ermmm..dah kena paksa masuk kereta n kena marah terus sumbat puting n lali nak tido...sedar2 time sampai rumah dah terlentok. terus angkat masuk bilik dan tido sampai pagi. lega la skit mlm tadi sbb dia tido awal.ada peluang mama lipat kain n relax2 jap sebelum tido...
pagi nie baca blog kak azu tgk shawl dia color pink sgt cantik...kain ketak2 mcm skirt time kecik2 dlu :))
pic bunga tulip nie saja letak sbb suka tengok..cantik :))


No comments:

Post a Comment