Lilypie Kids Birthday tickers

NuffNang

Tuesday, July 25, 2017

Thursday, July 21, 2016

eid mubarak 2016

balik kg subuh hari raya. balik FSB. tema patut warna coklat. tapi baba pakai kuning..boleh laa..
raya ke 2 nak balik aloq star tak jadi sbb dapat info highway jem
raya ke 4 blk kl. elok ja unpack 2 beg, dapat call tah (adik ipaq yg bongsu) tgh nazak & 10 minit lepas tu dia dah meninggal dunia..pack semula pakaian yg sesuai dan balik aloq staq. al-fatihah untuk arwah rabitoh binti md din. lama dia sakit nak dekat 5 yrs..semoga dia tenang di sana. amin.

Thursday, May 28, 2015

baby erin dah 4 months

assalamualaikum...
smlm baby erin p check-up yg ke 4 months...berat 5.7 kg. chwck-up kali ni tak kena cucuk pun. yg lain semua ok. mama x cuti so baba n kakak farah yg bawak baby erin pegi clinic. kakak farah ponteng tuisyen maklumlah dah habis exam dan dah nak cuti sekolah...hehehe. nasib baik appointment pukul 2pm. so org tak la ramai berbanding waktu pagi. kejap jer settle semua. fathiah tak ikut sebab dah tetido kat rumah ciknab, so sebab dia tak ikut ini lagi melancarkan dan mempercepatkan waktu kat clinic. kalau ada dia mesti kelam kabut sikit. ok la..belanja gambar muka baby erin sedih sebab mama keje dan tak boleh ikut pegi clinic..huhuhu..

Wednesday, March 4, 2015

berpantang

assalamualaikum, hari ni hari ke 41 berpantang. hari sabtu ni dah boleh keluar jln2 :). rasa cepat betul masa berjln. 23/3 dah kena berkerja semula. baby baru nama fazreen adriana. dah ada 3 anak dara in the house. semoga anak-anak baba & mama ini menjadi anak yg solehah & baik2 belaka. kakak farah dah 9 yrs old. dia dah byk boleh bantu jaga baby & buat keje rumah. kakak fathiah baru 5 yrs old. dia still kelam kabut & suka kacau baby tido. tp boleh juga harap nk tolong pegang botol susu baby time baby minum susu. still mama kena monitor :) ok lah nanti update lagi..

Monday, May 5, 2014

Lama Menyepi

Assalamualaikum..
Lama betul tak update blog. Banyak cerita tapi tak tau nak start yang mana dulu.
Malas nak taip panjang-panjang, so kita tengok gambar jer lah. Letak gambar kat blog ni sebagai kenangan. Mana la tau nanti Farah & Fathiah dah besar boleh tengok balik blog ni. Tu pun kalau mama still update blog ni :))

January 2014, kami ke Hatyai, Thailand. Ni 2nd time Farah ke Hatyai &  1st time for Fathiah. Kebetulan ada wedding sepupu kat rumah tok kat Alor Star.

Fathiah suka betul tengok orang naik pickup ni ramai-ramai.

Pokok getak kiri-kanan.

 


Fathiah dengan gitar. Ni ikut Tegar lah ni :)

Dah hampir sampai Hatyai.
 

Pokok Chritsmas tinggi yang ada depan shopping complex.

 

Fathiah tunggu mama massage kaki.

Farah pun sama. Tak habis-habis download game bila ada wifi free :)

 
 
Ok, nanti sambung update lagi.
 
 


Thursday, June 6, 2013

tido rumah tok tokwan

petang balik dari ipoh, mama pasang kolam kat depan pintu dapur rumah tok tokwan. apa lagi mandi sampai kecut2 tangan la budak berdua tu. after tu mak ndak & muqri ajak p tasik proton kat tanjong malim. melompat la farah & fathiah. main lagi. esok paginya mandi kolam lagi.